Format Kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 (AFC)

Struktur kelayakan adalah seperti berikut:[2]

  • Pusingan Pertama: 12 Pasukan (kedudukan 35–46) akan bermain perlawanan tempat sendiri-dan-tempat lawan secara timbal balik. Enam pemenang akan mara ke pusingan kedua.
  • Pusingan Kedua: 40 Pasukan (kedudukan 1–34 (termasuk Qatar sebagai tuan rumah) dan enam pemenang pusingan pertama) dibahagikan kepada lapan kumpulan lima pasukan akan bermain perlawanan tempat sendiri-dan-tempat lawan. Lapan juara kumpulan dan empat naib juara kumpulan terbaik mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia FIFA dan juga layak ke Piala Asia 2023. Sekiranya Qatar muncul sebagai pemenang dalam kumpulan mereka atau sebagai salah satu daripada empat naib juara terbaik, naib juara terbaik kelima akan pergi ke pusingan ketiga bagi menggantikan mereka.[3]
  • Pusingan Ketiga: 12 pasukan yang akan mara dari pusingan kedua akan dibahagikan kepada dua kumpulan enam pasukan akan bermain perlawanan tempat sendiri-dan-tempat lawan. Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan melayakkan diri ke Piala Dunia, dan pasukan di tempat ketiga akan akan mara ke pusingan keempat.
  • Pusingan Keempat: Dua pasukan dari tempat ketiga akan akan bermain menentang satu sama lain di tempat sendiri-dan-tempat lawan secara timbal balik. Pemenang akan mara ke play-off antara konfederasi.

Rujukan

WikiPedia: Kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 (AFC) http://www.insidethegames.biz/articles/1053493/hos... http://www.the-afc.com/afc/documents/PdfFiles/afc-... http://www.the-afc.com/afc/documents/PdfFiles/afc-... http://www.the-afc.com/afc/documents/PdfFiles/afc-... http://www.the-afc.com/competitions/FIFA-World-Cup... http://www.the-afc.com/competitions/fifa-world-cup... http://www.the-afc.com/competitions/fifa-world-cup... http://www.the-afc.com/competitions/fifa-world-cup... http://www.the-afc.com/competitions/fifa-world-cup... http://www.the-afc.com/media/federacao-futebol-tim...